PERUBATAN ALTERNATIF DI NEGERI SEMBILAN
MENYEDIAKAN RAWATAN AKUPUNKTUR, RAWATAN BEKAM SERTA PERUBATAN HOMEOPATI. TURUT MENJUAL ALATAN BEKAM DAN AKUPUNKTUR PADA HARGA BERPATUTAN.
Sunday, June 10, 2012
KURSUS BEKAM AL-HIJAMAH 24 JUN 2012
Kepada mereka yang berminat untuk mempelajari mengenai bekam al-hijamah, Pusat Rawatan Homeopathy Akupunktur Shazi akan mengadakan satu kursus asas bekam al-hijamah pada tarikh 24 Jun 2012, bertempat dipusat rawatan kami di Senawang.
Kursus akan bermula pada pukul 11 pagi hingga 5 petang hari ahad 24 Jun 2012. Segala kelengkapan seperti nota dan peralatan bekam untuk klinikal praktik sahaja akan disediakan. Yuran untuk setiap peserta adalah sebanyak RM150.00 sahaja.
Setiap peserta akan menerima sijil setelah tamat kursus. Peralatan bekam boleh dibeli atau ditempah secara secara berasingan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di no tel: 016-6641012 untuk sebarang pertanyaan atau e-mail kami di: homeoshazi09@yahoo.com.
Sekian, Terima kasih.
Wednesday, October 19, 2011
KURSUS ACUPUNCTURE DAN BEKAM
Pusat Rawatan Homeopathy Akupunktur Shazi kini menganjurkan kursus Acupuncture dan Bekam Al-Hijamah. Kepada mereka yang ingin mengenali dan mendalami kaedah dan terapi--terapi ini bolehlah mengikuti kelas anjuran kami.
Bagi mereka yang berminat bolehlah menghubungi kami di no telefon 016-6641012 atau datang terus ke pusat rawatan kami yang terletak di Taipan Senawang untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Kami juga ada membekalkan peralatan untuk terapi Acupuncture dan Bekam Al-Hijamah.

Wednesday, July 6, 2011
Pertukaran Alamat !!!!
Untuk makluman, klinik kami akan berpindah dan beroperasi di tempat baru mulai 11/7/2011.
Ini alamat terbaru kami:-
NO 141-1 TAMAN KOMERSIL SENAWANG, TAIPAN SENAWANG 71450 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.
Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi di 0166641012.
maaf atas sebrang kesulitan.. Harap Maklum.

Sunday, October 17, 2010
RAWATAN TANPA PEMBEDAHAN MELALUI HOMEOPATI DAN AKUPUNKTUR
Baik HOMEOPATI mahupun AKUPUNKTUR merupakan rawatan yang dilaksanakan secara semulajadi atau natural. Kaedah Homeopati adalah merawat dan menyembuhkan melalui ubat-ubatan berasaskan konsep keseraksian. Manakala akupunktur merawat melalui kaedah tusukan jarum halus pada point tertentu pada tubuh untuk tujuan rangsangan saraf.
Lazimnya dalam kes-kes ketumbuhan, pembedahan adalah kaedah yang biasa untuk merawatnya. Namun begitu, Homeopati dan akupunktur mampu merawat ketumbuhan atau tumor tanpa pembedahan. ketumbuahan atau tumor seperti fibroid contohnya mampu dikecutkan dengan penggunaan ubat homeopati secara berterusan selama beberapa bulan.
Ketumbuhan samada besar atau kecil seperti sista(cycts) atau lump atau tumor pada mana-mana bahagian tubuh mampu dirawat dengan gabungan rawatan homeopati dan akaupunktur.
Antara ubat-ubat yang lazimnya digunakan ialah Thuja, Hydrastis, Conium, Phytolacca, Silicea, Calc Carb, Calc Flour, Kreosote dll.

Thursday, July 15, 2010
Homeopati Dan Psikiatrik
PRINSIP DAN KONSEP
Sejak 150 tahun yang lalu, Homeopati telah meletakkan emfesis khusus ke atas perawatan kemanusian terhadap masalah sakait mental. Konsep menilai individu secara keseluruhan(totality) hanyalah sebagai pengumpulan bahagian-bahagian anatomikal yang berkait rapat antara satu sama lain sentiasa memainkan peranan penting dalam perawatan Homeopati.
Apa yang paling penting ialah bagi seorang perawat adalah untuk memahami apakah itu penyakit mental. Maka untuk itu, seseorang itu harus memberi sepenuh penghayatan terhadap sikap dan sifat individu.
Mengikut pandangan Homeopati, pesakit yang mengalami masalah psikologikal hanyalah pesakit-pesakit yang mengalami tekanan emosional yang berlebihan. Secara tidak lansung, ia mungkin melahirkan ketidakupayaan fizikal, yang mana tidak memberi apa-apa kesan semasa dalam rawatan yang biasa oleh para konvensional.
Kaedah homeopati adalah untuk mencari penyelesaian dengan menilai keadaan itu dengan cara yang unik dan sistematik; dengan cara menggembelingkan imej konseptualnya dan memilih remedi yang bertepatan konstitusi dan simptomatologinya.
Dalam menanganinya, beberapa pengamal homeopati itu mempunyai beberapa perbezaan tertentu jika dibandingkan ndengan amalan konvensional yang berlandaskan konsep perawatan yang bertentangan dan berorientasikan pemendapan (suppression) simptom.
Secara kontrasnya, Homeopati menentang segala jenis pemendapan simptom-simptom yang hanya mendatangkan apa yang disebut sebagai kelegaan 'relief'. Pada hakikatnya ia boleh menghancurkan masa depan individu tersebut secara fizikal dan spiritualnya.
Jika seseorang pesakit yang mendapatkan rawatan homeopati itu cemas atau meraung kesakitan misalnya, remedi tertentu(yang mana dalam bentuk semulajadinya menimbulkan reaksi seraksi) akan diberikan kepadanya. Keupayaan remedi mengeluarkan simptom-simptom yang seraksi yang mana aksinya positif bagi pesakit berkenaan itulah yang menjadi dasar Homeopati, sama dengan sama itu menyembuhkan.
Pada asasnya simptom-simptom adalah penting kerana ia menunjukkan reaksi normal yang sihat terhadap tekanan dan ketegangan atau boleh diertikan sebagai tanda-tanda vitaliti yang sihat. Seandainya terdapat kelesuan yang teramat, terutamanya bagi golongan yang berumur, keadaan reaksi tersebut mungkin agak lambat. akibat keadaan yang serius mungkin berlaku tanpa sebarang bukti tanda penyakit, misalnya malignasi.
Perlu dinyatakan disini bahawa pengunaan ubatan konvensional secara berterusan dan berpanjangan dalam perawatan jiwa akan mencetuskan gejala-gejala negatif. Ia pastinya akan mencetuskan suatu keadaan perencatan(inhibiton) simptom, dimana ia cuma mengaburkan keparahan dan keseriusan keadaan serta membiarkan penyakit itu menyerap ke seluruh organisma tubuh tanpa sebarang amaran kepada pesakit tersebut.
Pengambilan remedi homeopati berupaya membebaskan tenaga hayat yang terperangkap dalam tubuh itu agar kesegaran diri dapat dirasai dengan keunggulan vitaliti, bertenaga dengan sempurnanya.

Anxiety Disorder atau Cemas
Sejak akhir-akhir ini semakin ramai yang rasa bimbang dan cemas terhadap sesuatu perkara. Pada mulanya mungkin ia adalah situasi yang normal namun adakah kita sedar bahawa masalah ini boleh menjadi semakin buruk jika ia tidak dikawal.
Cemas, gelisah atau bimbang atau dipanggil Anxiety merupakan perasaaan tidak senang atau distress tentang sesuatu seperti contoh kebimbangan atau keraguan tentang masa depan. Masalah anxiety atau kegelisahan berlaku oleh kerana perasaaan bimbang yang ekstrim tanpa sebarang sebab yang nyata. Sensasi aprehensi dan kebimbangan yang abnormal biasanya disertai simptom-simptom fizikal seperti ketegangan, tremor, berpeuh, palpitasi atau berdebar, kadar denyutan nadi meningkat, gangguan pada tidur dan selera makan.
Anxiety boleh dirasakan di bawah pelbagai situasi contohnya ketika bersendirian, sesudah makan atau minum, semasa bekerja dengan disertai aduan-aduan fizikal dan mental atau sebab-sebab kewangan dan perniagaan. Antara contoh situsi yang biasa berlaku adalah rasa cemas setiap kali berhadapan ingin bercakap dihadapan khalayak ramai atau darah gemuruh. Gelisah dan takut kehilangan orang tersayang atau pekerjaan. rasa cemas bila berada dalam tempat tertutup serta banyak lagi.
Masalah ini jika dibiarkan berterusan akan mengakibatkan depresi dan masalah psikosomatik yang lain. Fobia, hipoglisemia, ketagihan, hipertensi(darah tinggi), dan hiperventilasi juga boleh dikaitkan dengan masalah ini. Hiperventilasi dan alahan makanan boleh meningkatkan darjah kegelisahan.
Bagi mereka yang mempunyai simptom-simptom ini anda boleh mencuba untuk mendapatkan rawatan homeopati. Homeopati telah banyak membantu dalam mengatsi masalah ini..Antara remedi homeopati yang berkesan untuk masalah ini ialah Aconite, Argen nit, Ars Alb, Bell, Lyco, Puls, Kali Phos, Calc. Selain daripada itu, anda juga boleh mncuba rawatan akupunktur untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif dan cepat.
Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat atau pertanyaan..

Tuesday, July 13, 2010
Delusi, Halusinasi dan Ilusi
Dilusi, halusinasi dan ilusi adalah tiga perkara yang berlainan..
Dilusi- khayalan; kepercayaan yang dipegang secara irrasional yang tidak dapat diubah dengan alasan rasional. Ia mungkin gejala skizofrenia, psikosis mania, depresif ataupun psikosis organik.
Halusinasi- Persepsi salah tentang sesuatu yang tidak wujud. Halusinasi mungkin dimulakan oleh penyakit psikologikal atau gangguan fizikal dalam otak atau mungkin disebabkan oleh ubat-ubat atau deprivasi sensori. Gangguan organ deria.
Ilusi- Salah amatan; persepsi yang salah akibat terjemahan rangsangan yang timbul daripada objek yang tidak tepat. Ilusi mungkin berlaku dalam semua sindrom psikiatrik terutama depresi.optical illusion ialah persepsi yang tidak sama dengan objek sebenar dalam dunia luar. Salah amatan optikal dihasilkan oleh sifat-sifat penyesatan rangsangan dan tidak dengan cara patologikal.
Remedi: Agar, absin, Arg-N, Bell, Cann-i,Cocc, Hyos, Ignatia, Lach, Phos-ac, Sabad, Stram, sulph.

Subscribe to:
Posts (Atom)