Wednesday, December 30, 2009

RAWATAN KESUBURAN MELALUI HOMEOPATHY DAN AKUPUNKTUR


Istilah mandul kerap digunakan dalam masyarakat apabila sesuata pasangan itu lambat mendapat atau tidak dikurniakan dengan zuriat ataupun cahayamata. Namun di dalam kaedah perubatan Homeopathy sebenarnya tiada istilah ini kerana apabila pasangan ini tidak mendapat zuriat mereka hanyalah ditakrifkan sebagai 'kurang subur'.

Punca Punca Kurang Subur

Diantara faktor yang menyebabkan masalah kesuburan bagi pihak wanita ialah menghadapi pelbagai jenis penyakit seperti senggugut, keputihan, fibroid pada mana- mana bahagian seperti ovari, tiub fallopio atau di rahim.

Tension, stress atau tekanan-tekanan lain. Haid tidak teratur, haid tidak datang, haid berpanjangan dan sebagainya.

Sementara dipihak lelaki pula mungkin kurang subur, kurang air mani atau sperma, hayat sperma rendah, langsung tiada benih, tidak ada ketegangan, pancutan air mani terlampau awal atau 'premature ejaculation' dan yang paling serius ialah mati pucuk atau impoten.

Rawatan Allopathy Untuk Kesuburan


Hospital- hospital kerajaan dan pusat- pusat pakar yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini mempunyai pelbagai cara untuk mengatasi maslah- masalah ini seperti rwatan GIFT, AIH, IVF dan sebagainya. GIFT ialah cara memasukkan sejumlah telur dan sperma ke dalam tiub fallopio dan dibiarkan untuk disenyawakan. AIH ialah kaedah permanian beradas dimana sperma suami akan dimasukkan ke dalam rahim isteri sewaktu kesuburan. IVF pula ialah kaedah Bayi Tabung Uji dimana benih suami akan dicantumkan dengan ovum isteri didalam suatu bekas dan kemudiannya dimasukkan ke dalam rahim isteri setelah percantuman berlaku.

Kaedah Rawatan Homeopathy

Homeopathy mempunyai kaedahnya tersendiri dalam mengendalikan kes kesuburan dengan mengambil kira fakta serta latar belakang dan sejarah medikal pasangan suami isteri. Penyelidikan dibuat dari peringkat awal terutamanya untuk mengetahui apakah masalah- masalah yang mungkin menyebabkan terjadinya kes- kes seperti ini, umpamanya apakah pasangan itu pernah mengalami penyakit atau idapan- idapan lama seperti beguk atau mumps, chicken pox atau cacar air, asma, darah tinggi, penyakit kelamin (VD) dan lain-lain lagi.

Penekanan utama ialah cuba mencari punca penyakit dan memberi beberapa rangkaian ubat yang paling serasi pada isteri dan juga suami. Pemberian ubat- ubatan adalah 100% bahan- bahan asli yang diimport terus dair negara Germany dan England.
Kaunseling juga diberikan dan serta nasihat bagaiman untuk menentukan hari yang paling subur, menekankan kaedah hubungan suami-isteri secara betul dan menjaga kebersihan diri sebelum bersama.

Kaedah rawatan cara Homeopathy ini tidak melibatkan apa- apa jenis pembedahan atau lain cara barat, tetapi kami menggunakan kaedah pendekatan secara semulajadi atau tabie.

Kaedah Rawatan Akupunktur

Rawatan akupunktur sebenarnya telah lama digunakan dalam merawat kes- kes kesuburan ini. Akan tetapi hanya pada baru baru ini sahaja ianya menjadi semakin popular di Malaysia ini dimana ianya mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai kaum.

Rawatan perubatan yang berasal dari negara China ini boleh membantu menyelesaikan masalah yang dihidapi oleh pasangan suami isteri yang menginginkan cahayamata dengan menggunakan teknik tusukan jarum- jarum akupunktur dibahagian tertentu badan bagi mengimbangi aliran tenaga 'qi' pada seseorang pesakit dan sekaligus menyelesaikan masalah yanng dihidapi.

Teori 'yin' dan 'yang' dalam perubatan China digunakan dalam menyelesaikan masalah yang dihidapi oleh pesakit-pesakit yang menjalankan rawatan akupunktur ini.

Adalah melalui beberapa penyelidikan yang dijalankan semenjak awal tahun 90an, didapati bahawa kaedah rawatan Akupunktur ini adalah begitu sesuai sekali untuk disatukan dengan rawatan Homeopathy, dimana peratusan kejayaan dalam menyembuhkan penyakit meningkat hingga 70% apabila kedua-dua rawatan ini digabungkan terutamanya dalam merawat kes- kes kesuburan dan lain-lain penyakit lagi.

Tempoh Dan Kos Rawatan

Teknik yang digunakan sekarang ini memakan masa diantara 5 hingga 10 bulan untuk melihat hasilnya. Namun diharapkan penemuan teknik- teknik yang baru dalam tempoh masa akan datang akan mempercepatkan lagi proses kehamilan.

Kebiasaannya kos untuk rawatan kesuburan ini dipusat- pusat pakar kini boleh mencecah ribuan malahan puluhan ribuan ringgit untuk satu sesi. Ini mungkin akan membebankan jika pasangan itu berpendapatan rendah. Namun begitu kos rawatan yang dikenakan oleh pusat perubatan kami berpatutan dan tidak akan membebankan pengguna dan mampu dibiayai walaupun oleh mereka yang berpendapatan rendah.

Untuk keterangan lanjut, mereka yang berminat bolehlah mengunjungi pusat rawatan kami yang terletak di Seremban atau hubungi kami dialamat atau nombor telefon yang tertera pada laman web ini.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam..saya sendiri mengamalkan perubatan homeopati sejak berumur 8thn..skrg saya sudah berkahwin,usia 27 tahun..

    Sejak berkahwin,haid saya tidak teratur..kemungkinan hormon tidak stabil..saya sedang menjalani rawatan kesuburan menggunakan kaedah akupuntur dan memakan ubat kesuburan..

    Moga ada rezqi zuriat saya bersama suami..

    Apa yang pasti,tidak timbul sebarang kerisauan kerana ubat homeopati tiada kandungan dadah..

    ReplyDelete