Tuesday, July 13, 2010

Merawat Depresi-Kemurungan Melalui Prinsip Keseraksian

Mungkin ramai lagi yang tidak mengetahui keunikan perubatan homeopati. Salah satu daripadanya ialah merawat masalah yang berkaitan dengan mental. Dalam prinsip hoemopati, gangguan tubuh adalah disebabkan tenaga hayat atau vital force yang lemah. Vital force ini dicirikan sebagai kesimbangan pada mental atau minda dan fizikal.
Depresi adalah salah satu daripada ketidakseimbangan tenaga hayat terutama pada mental. Oleh itu melalui remedi homeopati yang tepat, ketidakseimbangan ini dapat dipulihkan.

Depresi mental (depression) atau kemurungan ialah keadaan yang dicirikan oleh kesedihan yang berpanjangan dan keterlaluan atau rasa kesunyian atau juga kehilanagan minat untuk menjalani aktiviti harian. Masalah ini lebih kerap terjadi dikalangan wanita berbanding lelaki. Tidak seperti kesedihan biasa, kemurungan(depresi) biasanya berlarutan hingga berminggu atau berbulan-bulan malah ada yang sehingga bertahun. Sesetengah daripada mereka yang mengalami masalah ini menghidapi depresi kronik, tahap depresi yang rendah dipanggil dysthymia. Sebahagian daripada mereka mungkin meghidapi penyakit bipolar(mania-depresif) - depresi yang bergantian dengan mania(kegembiraan atau aktiviti yang berlebihan)
Walaupun penyakit ini tidak membawa kepada kematian namun pesakit yang menhidapi masalah ini boleh mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri.
Simptom-simptom mungkin dapat dikesan selepas jangka masa tertentu. Bermula dengan perubahan nafsu makan dan berat badannya samada berkurangan atau bertambah. tidur yang berlebihan atau sukar tidur(insomnia). pergerakan dan pemikiran semakin lembab dan tidak bertenaga. Sukar untuk membuat keputusan. Apatetik. Hilang minat terhadap sesuatu aktiviti yang sebelum ini diminati. Lumpuh nafsu seks. Divesiti simptom (simptom fizikal) antaranya sakit atau sengal tubuh.
Berbicara mengenai punca timbulnya masalah ini adalah kehilangan, kesunyian, kegagalan mengawal emosi, stress. punca lain termasuklah depresi post-natal, demam kelenjar atau infeksi viral, kesan akibat penagihan dadah atau alkohol. depresi meupakan tanda awal skizofrenia. Putus haid(menopause).

Antara remedi yang boleh digunakan ialah Aconite, Agnus Cac, Ars alb, Bryonia, Cadm-s, Calc-c, China Off, Con, Ignatia, Gels, Nit-ac, Nux-v, Phos, phos-ac, Puls, Sepia, Sulph, Zinc.
Bagi mereka yang mula mengalami stress yang berpanjangan atau mempunyai simptom depresi jangan malu untuk mendapatkan rawatan.

No comments:

Post a Comment